Thursday, May 2, 2019

APAKAH ITU JALAN SIRULTOLMUSTAQIN


“PIMPINLAH KAMI KEPADA JALAN YANG LURUS"
( Sirultumustaqim )” ( Al Fatihah ayat 5 )
“IHDINALSIRROLTOLMUSTAQIM”
Inilah doa yang dibaca oleh seluruh umat islam di seluruh dunia apabila mereka menunaikan solat 5 waktu sehari semalam kerana doa ini merupakan ayat ke 5 di dalam surah Al Fatihah yakni surah yg wajid dibaca dalam setiap rakaat dalam solat bagi seluruh umat islam. Maka doa ini sentiasa di lafaz sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali iaitu bersamaan dengan jumlah rakaat yg wajib dilaksanakan setiap umat islam apabila mereka menunaikan solat 5 waktu yg wajib.

Sedar ataupun tidak, umat islam telah memohon kepada Allah untuk memimpin mereka kpd jalan yg lurus yakni jalan SIRULTUMUSTAQIN. Apakah maksud jalan yg lurus ini? Apabila manusia memohon hidayat atau pimpinan dari Allah untuk memimpin mereka kepada jalan sirultolmustaqim atau jalan yang lurus ini, maka di dalam Al Fatihah ayat 6 , Allah telah nyatakan apa itu jalan Sirultumustaqim dengan meletakkan jawapan yg umum

“IAITU JALAN-JALAN YG ENGKAU TELAH KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA”
( Al Fatihah ayat 6 )
”SIROLTOLLAZZIINAAMTAALAIHIM”
.

Inilah jawapan Allah kepada jalan yg lurus itu, maksudnya Allah nyatakan yg jalan yg lurus itu dengan jawapan yang umum dan tidak menunjukkan nama2 tertentu atau jalan2 yg tertentu yg dikatakan sebagai jalan yang lurus.Jawapan Allah ini menunjukkan jalan itu bukanlah hanya satu jalan shj,tetapi Allah telah jelaskan yang ‘mereka yg Allah beri nikmat sebelum ini’ merupakan jalan yang patut kita contohi dan tauladani.

Jadi, siapakah golongan-golongan yang Allah beri nikmat itu, mengenali gol ini amat penting kerana melalui pengenalan kepada contoh golongan-golongan yang Allah beri nikmat itulah yang dapat membuatkan kita sebagai umat yg terkemudian ini dapat mengenali jalan mana yang benar,jalan mana yang tulen atau jalan mana yang patut kita ikuti atau contohi untuk dijadikan tauladan bagi kita dalam meneruskan kehidupan di dunia ini dengan penuh keimanan dan dapat mengecapi nikmat syurga di akhirat nanti. Jawapan untuk golongan-golongan yang Allah kurniakan nikmat kepada mereka berada di dalam ayat Al Quran juga.
Allah telah memberikan jawapan siapakah golongan-golongan yang Allah kurniakan nikmat itu melalui ayat 69 surah An Nisa yang bermaksud:

“KERANA BARANG SIAPA TAAT KPD ALLAH DAN RASUL, MAKA MEREKA ITU ADALAH BESERTA ORG2 YANG ALLAH BERI NIKMAT ATASNYA, DARI NABI-NABI DAN SIDDIQIN DAN SYUHADA DAN SALIHIN DAN ALANGKAH BAIKNYA MEREKA INI SEBAGAI SAHABAT RAPAT” ( An Nisa ayat 69 )

Jelas dan nyata,inilah jawapan Allah kepada siapa itu golongan orang-orang yg Allah beri nikmat ke atas mereka. Inilah jawapan Allah kepada jalan SIRROLTOLMUSTAQIM itu. Pasti mereka yang Allah memberi nikmat itu adalah orang yang TAAT dan PATUH kepada ajaran Allah. ORG YANG TAAT DAN PATUH AJARAN Allah merupakan orang yang memahami Al Quran dan mengerti akan maksud Al Quran kerana melalui Al Quran lah manusia itu dapat mengetahui dan mengenali Allah,dapat mengenali akan ilmu kebesaran Allah,ilmu suruhan Allah dan segala perintah Allah dinyatakan dengan jelas di dalam Al Quran. Tanpa memahami dan mengerti Al Quran,bagaimana kita dapat mengetahui akan suruhan dan larangan Allah kerana segala suruhan dan larangan semuanya berada secara terang dan nyata di dlm kitab Al Quran yang agung.

4 golongan manusia yg Allah beri nikmat yakni contoh mereka-mereka yang membawa jalan ‘SIRROLTOLMUSTAQIM’ mengikut Ayat An Nisa ini ialah:

1) NABI-NABI ( Anbia )

-Nabi-Nabi yang wajib kita ingati dan kenali yg tertulis di dalam Al Quran adalah seramai 25 org.Jumlah sebenar nabi-nabi adalah ramai. Nabi-nabi adalah mereka-mereka yg dapat mengambil ilmu dari sumber insaniah iaitu dari pihak Hadiratul Al Qudsi ( Tembok Suci ) tanpa perantaraan, malah memperolehi ilmu itu melalui fitrah dan kesempurnaan mereka. Mereka ini mempunyai kekuatan amali yg tinggi dan mereka-mereka semua ini merupakan kekasih Allah.Mereka-mereka ini didampingi oleh Malaikat Jibrail sebagai pembawa wahyu Allah kepada mereka. Mereka-mereka ini bukan sekadar membawa wahyu Allah dalam bentuk ibadat ritual semata-mata tetapi mereka ini bertindak sebagai pemimpin yg akan menghimpunkan masyarakat dan kaum mereka menentang kemungkaran, menentang kezaliman, menentang ketidak adilan dan menjadi BAPA kepada masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang dapat hidup dengan penuh keimanan dan kebahgiaan secara bersama. Para anbia mempunyai hati nurani yang amat tersuci dan terlalu mencintai dan mengasihi Allah setiap saat dan waktu. Mereka-mereka ini disayangi oleh seluruh makhluk ciptaan Allah yang lain. Inilah jalan yang utama yang patut kita contohi.Inilah ilmu sunnah.

2) SIDDIQIN ( golongan-golongan Jemaah markaziah )

-Siddiqin adalah golongan manusia yang terdiri dari mereka-mereka yang dapat menerima ajaran-ajaran Nabi dan kemudian mereka dapat mengambil ilmu dari sumber Hadiratul Qudsi.Kekuatan amali mereka menyamai para anbia. Dalam perbincangan ini, daya usaha yang lebih merupakan faktor bagi seseorang individu dan masyarakat. Itulah nilai yang dikehendaki oleh ilmu. Sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan fikiran yang tajam, tetapi daya amalinya lemah maka darjah individu ini tidaklah begitu tinggi. Dia hanya mendapat sebahagian dari ulum nubbuwah sahaja. Oleh itu seeorang Nabi itu mempunyai ilmu yang tinggi, praktikalnya pun tinggi dan susah di atasi oleh orang lain,ringkasnya siddiqin adalah mereka-mereka yang berada pada darjah yg rendah sedikit dari anbia yg memimpin mereka. Siddiqin merupakan salah seorang yg Bersama-sama berfikir,bermesyuarat dan mengatur strategi Bersama-sama para anbiya untuk mencapai kepada kejayaan dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan agama Allah melalui gerakkan-gerakkan hisbullah. Mereka-mereka yang berada di dalam golongan ini merupakan golongan yg cerdik pandai dan mempunyai hati nurani yg tersuci seperti para Anbia.

3) SYUHADA ( golongan-golongan syahid )

-Syuhada adalah mereka-mereka yg mengamalkan rancangan-rancangan yang telah diatur oleh nabi-nabi dan para Siddiqin. Mereka ini mungkin terbunuh di dalam proses perlaksanaan rancangan-rancangan tadi.Mereka ini menegakkan rancangan-rancangan yg telah di atur tetapi golongan ini tidak dapat membuat hubungan terus dengan pihak Hadiratul Qudsi ( tembok suci ) . Mereka-mereka di dalam golongan ini seorang yg terlatih dan setia.Mereka sentiasa mengorbankan segala yang ada demi perjuangan ke jalan Allah. Mereka-mereka di dalam golongan ini sanggup mati demi satu perjuangan untuk menegakkan kebenaran,keadilan dan menghancurkan taqhut hanya kerana cintakan Allah.

4) SOLIHIN ( golongan-golongan manusia-manusia yg soleh )

-Kumpulan ini bekerja keras untuk menegakkan dan memajukan rancangan-rancangan yang dilaksanakan oleh para syuhada dan darjah mereka adalah rendah sedikit dari para syuhada.Mereka-mereka dalam golongan ini tidak mempunyai kekuatan jiwa dan kekuatan tenaga seperti syuhada tetapi mereka-mereka inilah yg membantu apa shj yang termampu mereka lakukan untuk memperolehi kejayaan dalam apa jua perjuangan menegakkan kebenaran agama Allah. Mereka-mereka inilah yang memberikan sedikit harta yg mereka miliki utk membantu dalam perjuangan. Mereka-mereka inilah yang akan memberikan sokongan moral untuk para pejuang kebenaran dan keadilan untuk sama-sama bersemangat dalam meneruskan perjuangan. Walaupun mereka-mereka ini tidak memasuki medan perjuangan atau medan tempur secara langsung tetapi hasil daripada pertolongan dan bantuan golongan inilah maka dapat memastikan golongan-golongan syuhada yang berjuang di medan tempur dapat berjuang dgn penuh kelengkapan dan dengan penuh semangat juang.Mereka semua melakukan perkara ini adalah hanya kerana demi kecintaan dan kasih syg kpd Allah.Golongan-golongan solihin juga sentiasa memberi pertolongan dan bantuan kpd perkara-perkara yang akan melahirkan manfaat kepada masyarakat umum atau org ramai dalam pelbagai jenis bentuk bantuan.
Inilah 4 golongan yang Allah nyatakan sebagai mereka2 yg Allah kurniakan nikmat kepada mereka. Gol2 ini akan sentiasa wujud sehingga hari kiamat. Sejarah telah membuktikan yang Nabi2 yang terdahulu yang membawa risalah kebenaran bukanya berjuang secara seorang diri,mereka semua mempunyai rakan2 seperjuangan ataupun Jemaah atau kumpulan persatuan yang berjuang demi kasihkan dan cintakan kepada Allah. 

"ALANGKAH BAIKNYA MEREKA INI SEBAGAI SAHABAT RAPAT "(An Nisa 69 )

Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama2 share di fb masing2 tulisan ini sebagai satu cara untuk menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih, Moga Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua.

kredit: kepada tuan empunya imej,sumber imej adalah dari carian google
Fb: Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah

Monday, April 29, 2019

INILAH ISI UTAMA KHUTBAH RASULLULLAH S.A.W KETIKA MENUNAIKAN HAJI WIDA YANG TERAKHIR SEBELUM RASULULLAH WAFAT

Inilah isi Khutbah tersebut:


“ YA ALLAH, SAKSIKANLAH! SAKSIKANLAH! SAKSIKANLAH!
CELAKALAH KALIAN,
JANGANLAH KALIAN KEMBALI
MENJADI KAFIR SEPENINGGALANKU SEHINGGAKAN
SEBAHAGIAN KALIAN MEMENGGAL LEHER SEBAHAGIAN
YANG LAIN”

HR Bukhari

Pesanan yang terkandung dalam Khutbah terakhir ketika menunaikan fardhu Haji Widad oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umatnya yang terkemudian, supaya tidak berpaling atau kafir dari agama yang dipusakai olehnya ketika hayatnya ada. Nabi Muhammad berpesan agar manusia yang terkemudian untuk terus menerus berpegang teguh kepada ajaran yang ditinggalkan olehNya walaupun dirinya sudah meninggalkan alam dunia yang fana ini untuk bertemu dan kembali kepada sang PenciptaNya yang Dia amat rindui iaitu Allah s.w.t


Jelas melalui khutbah ini, Rasulullah berpesan supaya umatnya untuk sentiasa beriman kepada Allah bukanya beriman kepada makhluk yang bernama manusia atau kerana diri Baginda semata-mata, kerana makhluk yang bernama manusia ini dan Baginda sendiri tidak akan hidup kekal di dunia ini dan pasti akan menempuhi kematian, kecuali hanya Allah sahaja yang kekal dan berkuasa. 




Nabi Muhammad juga berpesan di dalam khutbah ini supaya umatnya yang terkemudian tidak akan berpaling dari tali Allah dan sentiasa bersatu padu dan tidak melakukan kezaliman dan kerosakkan kepada golongan-golongan tertentu di kalangan mereka sendiri.

Umat Nabi Muhammad atau umat islam di dunia ini mestilah sentiasa membuat kebajikkan dan keadilan sesama mereka supaya mereka dapat megelakkan berlakunya pertumpahan darah serta kezaliman akibat daripada kerakusan golongan-golongan tertentu yang mengejar keingingan nafsu bagi menikmati  kemewahan serta kemegahan diri sehinggakan mereka lupa dan lalai terhadap ajaran agama. Mereka lupa kepada keadilan, kebenaran dan kebajikan sehinggakan mereka sanggup memenggal leher sebahagian yang lain. 


Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua

kredit:sumber imej dari google

FB: Falsafah Hikmah Al Quran


Madrasah Baitul Hikmah Kg Jambu

APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM AL QURAN NUR KAREEM?




Pada hakikatnya Al Quran merupakan sebuah kitab falsafah hidup kemanusiaan yang agung yang pernah dikurniakan oleh Allah s.w.t bagi merevolusikan sistem hidup manusia, supaya berdiri teguh di atas landasan takwa dan menjamin diri mereka untuk mengecapi kebahagiaan.


 Al Quran juga ialah sebuah kitab suci( Kitab Ilahi ) yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w yakni penghulu segala rasul, untuk dijadikan pusat rujukan kepada sekalian kitab Ilahi yang diturunkan sebelum ini seperti Kitab suci yang ada pada umat majusi di Iran, umat Yahudi di Israel dan umat Nasrani ( Kristian ) di Barat, untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup bagi membaiki mana-mana yang telah berubah tahrif akibat jarak masa yang terlalu lama, serta menerangkan mana-mana yang masih samar dan memyempurnakan mana-mana yang terkurang.

Dengan itu dapatlah dicantumkan asas pemikiran dan pengajaran yang terdapat dalam semua kitab-kitab umat tersebut sehingga melahirkan sebuah masyarakat umat manusia yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan yang tinggi serta berkebolehan dalam mempertahankan cita-cita keamanan, keadilan dan perdamaian yang abadi.

Tiap-tiap manusia dari mula-mula ia sempurna akalnya dan layak berfikir hendaklah dipimpin dan diarahkan fikiranya menuju kepada jalan yang telah ditetapkan oleh Tuhan, sebagaimana yang terkandung di dalam kitab-kitab Ilahi khususnya kitab Al Quran ul Hakim. Dengan tertanamnya pemikiran cara Al Quran maka akan mengariskan panduan bagi seseorang itu dalam segala urusan hidupnya. Inilah pengajaran yang dimaksudkan di dalam Al Quran, surah 49 Al Hujaraat:
‘Sesungguhnya mereka yang beriman itu ialah mereka yang beriman dengan ajaran allah dan Rasulnya, kemudian tidaklah mereka merasai ragu-ragu serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka di dalam polisi jalan Allah”.
( Al Hujaraat: ayat 15)


Inilah lima( 5 ) bidang ilmu atau lima jenis pengetahuan yang wujud di dalam Al Quran

1)    ILMU TENTANG HUKUM-HUKUM SEPERTI WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKHRUH DAN HARAM DALAM BIDANG IBADAT, MUAMALAT, PENTADBIRAN RUMAH TANGGA DAN SIASAH NEGARA ( ilmu Ini menjadi tanggungjawab dan dihuraikan oleh seorang Pakar dlm undang-undang, dlm istilah syariat dinamakan "Fakih".)

2)    ILMU TENTANG PERDEBATAN DAN MENOLAK DAKYAH SESAT OLEH EMPAT GOLONGAN TERBESAR ZAMAN ITU SEPERTI YAHUDI, NASARA, MUSYRIK DAN MUNAFIK. ( ilmu Ini dihuraikan oleh "Ulamak Kalam")

3)    ILMU TENTANG MENGINGATI NIKMAT ALLAH KEPADA MANUSIA
(ilmu mengingati nikmat Allah kpd manusia utk kebaikan mereka seperti sebab2 dijadikan langit dan bumi, diilhamkan kpd hambaNya sesuatu yg perlu untuk mereka dan menerangkan sifat2 Allah yg sempurna)

4)    ILMU TENTANG HARI-HARI PEMBALASAN ALLAH
(ilmu tentang hari2 pembalasan Allah, seperti kejadian bala atau kesusahan di dunia sama ada sebagai pengajaran kpd manusia yg taat atau sebagai seksaan kpd mereka yg Ingkar)

5)    ILMU TENTANG MENGINGATI MATI 
(ilmu tentang mengingati mati iaitu berpindah dari kehidupan di dunia dan segala peristiwa yg berlaku selepas itu seperti azab kubur, perhimpunan masyar, timbang amal, syurga dan neraka)
                                                                  



Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua
kredit:kepada pemilik imej, sumber dari carian google
FB: Falsafah Hikmah Al Quran

Madrasah Baitul Hikmah