Inilah isi Khutbah tersebut:
“ YA ALLAH, SAKSIKANLAH! SAKSIKANLAH! SAKSIKANLAH!
CELAKALAH KALIAN,
JANGANLAH KALIAN KEMBALI
MENJADI KAFIR SEPENINGGALANKU SEHINGGAKAN
SEBAHAGIAN KALIAN MEMENGGAL LEHER SEBAHAGIAN
YANG LAIN”
Pesanan yang terkandung dalam Khutbah terakhir ketika menunaikan fardhu Haji Widad oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umatnya yang terkemudian, supaya tidak berpaling atau kafir dari agama yang dipusakai olehnya ketika hayatnya ada. Nabi Muhammad berpesan agar manusia yang terkemudian untuk terus menerus berpegang teguh kepada ajaran yang ditinggalkan olehNya walaupun dirinya sudah meninggalkan alam dunia yang fana ini untuk bertemu dan kembali kepada sang PenciptaNya yang Dia amat rindui iaitu Allah s.w.t
Jelas melalui khutbah ini, Rasulullah berpesan supaya umatnya untuk sentiasa beriman kepada Allah bukanya beriman kepada makhluk yang bernama manusia atau kerana diri Baginda semata-mata, kerana makhluk yang bernama manusia ini dan Baginda sendiri tidak akan hidup kekal di dunia ini dan pasti akan menempuhi kematian, kecuali hanya Allah sahaja yang kekal dan berkuasa.
Nabi Muhammad juga berpesan di dalam khutbah ini supaya umatnya yang terkemudian tidak akan berpaling dari tali Allah dan sentiasa bersatu padu dan tidak melakukan kezaliman dan kerosakkan kepada golongan-golongan tertentu di kalangan mereka sendiri.
Umat Nabi Muhammad atau umat islam di dunia ini mestilah sentiasa membuat kebajikkan dan keadilan sesama mereka supaya mereka dapat megelakkan berlakunya pertumpahan darah serta kezaliman akibat daripada kerakusan golongan-golongan tertentu yang mengejar keingingan nafsu bagi menikmati kemewahan serta kemegahan diri sehinggakan mereka lupa dan lalai terhadap ajaran agama. Mereka lupa kepada keadilan, kebenaran dan kebajikan sehinggakan mereka sanggup memenggal leher sebahagian yang lain.
Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua
kredit:sumber imej dari google
FB: Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah Kg Jambu
No comments:
Post a Comment