Monday, April 29, 2019

INILAH ISI UTAMA KHUTBAH RASULLULLAH S.A.W KETIKA MENUNAIKAN HAJI WIDA YANG TERAKHIR SEBELUM RASULULLAH WAFAT

Inilah isi Khutbah tersebut:


“ YA ALLAH, SAKSIKANLAH! SAKSIKANLAH! SAKSIKANLAH!
CELAKALAH KALIAN,
JANGANLAH KALIAN KEMBALI
MENJADI KAFIR SEPENINGGALANKU SEHINGGAKAN
SEBAHAGIAN KALIAN MEMENGGAL LEHER SEBAHAGIAN
YANG LAIN”

HR Bukhari

Pesanan yang terkandung dalam Khutbah terakhir ketika menunaikan fardhu Haji Widad oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umatnya yang terkemudian, supaya tidak berpaling atau kafir dari agama yang dipusakai olehnya ketika hayatnya ada. Nabi Muhammad berpesan agar manusia yang terkemudian untuk terus menerus berpegang teguh kepada ajaran yang ditinggalkan olehNya walaupun dirinya sudah meninggalkan alam dunia yang fana ini untuk bertemu dan kembali kepada sang PenciptaNya yang Dia amat rindui iaitu Allah s.w.t


Jelas melalui khutbah ini, Rasulullah berpesan supaya umatnya untuk sentiasa beriman kepada Allah bukanya beriman kepada makhluk yang bernama manusia atau kerana diri Baginda semata-mata, kerana makhluk yang bernama manusia ini dan Baginda sendiri tidak akan hidup kekal di dunia ini dan pasti akan menempuhi kematian, kecuali hanya Allah sahaja yang kekal dan berkuasa. 




Nabi Muhammad juga berpesan di dalam khutbah ini supaya umatnya yang terkemudian tidak akan berpaling dari tali Allah dan sentiasa bersatu padu dan tidak melakukan kezaliman dan kerosakkan kepada golongan-golongan tertentu di kalangan mereka sendiri.

Umat Nabi Muhammad atau umat islam di dunia ini mestilah sentiasa membuat kebajikkan dan keadilan sesama mereka supaya mereka dapat megelakkan berlakunya pertumpahan darah serta kezaliman akibat daripada kerakusan golongan-golongan tertentu yang mengejar keingingan nafsu bagi menikmati  kemewahan serta kemegahan diri sehinggakan mereka lupa dan lalai terhadap ajaran agama. Mereka lupa kepada keadilan, kebenaran dan kebajikan sehinggakan mereka sanggup memenggal leher sebahagian yang lain. 


Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua

kredit:sumber imej dari google

FB: Falsafah Hikmah Al Quran


Madrasah Baitul Hikmah Kg Jambu

APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM AL QURAN NUR KAREEM?




Pada hakikatnya Al Quran merupakan sebuah kitab falsafah hidup kemanusiaan yang agung yang pernah dikurniakan oleh Allah s.w.t bagi merevolusikan sistem hidup manusia, supaya berdiri teguh di atas landasan takwa dan menjamin diri mereka untuk mengecapi kebahagiaan.


 Al Quran juga ialah sebuah kitab suci( Kitab Ilahi ) yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w yakni penghulu segala rasul, untuk dijadikan pusat rujukan kepada sekalian kitab Ilahi yang diturunkan sebelum ini seperti Kitab suci yang ada pada umat majusi di Iran, umat Yahudi di Israel dan umat Nasrani ( Kristian ) di Barat, untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup bagi membaiki mana-mana yang telah berubah tahrif akibat jarak masa yang terlalu lama, serta menerangkan mana-mana yang masih samar dan memyempurnakan mana-mana yang terkurang.

Dengan itu dapatlah dicantumkan asas pemikiran dan pengajaran yang terdapat dalam semua kitab-kitab umat tersebut sehingga melahirkan sebuah masyarakat umat manusia yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan yang tinggi serta berkebolehan dalam mempertahankan cita-cita keamanan, keadilan dan perdamaian yang abadi.

Tiap-tiap manusia dari mula-mula ia sempurna akalnya dan layak berfikir hendaklah dipimpin dan diarahkan fikiranya menuju kepada jalan yang telah ditetapkan oleh Tuhan, sebagaimana yang terkandung di dalam kitab-kitab Ilahi khususnya kitab Al Quran ul Hakim. Dengan tertanamnya pemikiran cara Al Quran maka akan mengariskan panduan bagi seseorang itu dalam segala urusan hidupnya. Inilah pengajaran yang dimaksudkan di dalam Al Quran, surah 49 Al Hujaraat:
‘Sesungguhnya mereka yang beriman itu ialah mereka yang beriman dengan ajaran allah dan Rasulnya, kemudian tidaklah mereka merasai ragu-ragu serta mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka di dalam polisi jalan Allah”.
( Al Hujaraat: ayat 15)


Inilah lima( 5 ) bidang ilmu atau lima jenis pengetahuan yang wujud di dalam Al Quran

1)    ILMU TENTANG HUKUM-HUKUM SEPERTI WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKHRUH DAN HARAM DALAM BIDANG IBADAT, MUAMALAT, PENTADBIRAN RUMAH TANGGA DAN SIASAH NEGARA ( ilmu Ini menjadi tanggungjawab dan dihuraikan oleh seorang Pakar dlm undang-undang, dlm istilah syariat dinamakan "Fakih".)

2)    ILMU TENTANG PERDEBATAN DAN MENOLAK DAKYAH SESAT OLEH EMPAT GOLONGAN TERBESAR ZAMAN ITU SEPERTI YAHUDI, NASARA, MUSYRIK DAN MUNAFIK. ( ilmu Ini dihuraikan oleh "Ulamak Kalam")

3)    ILMU TENTANG MENGINGATI NIKMAT ALLAH KEPADA MANUSIA
(ilmu mengingati nikmat Allah kpd manusia utk kebaikan mereka seperti sebab2 dijadikan langit dan bumi, diilhamkan kpd hambaNya sesuatu yg perlu untuk mereka dan menerangkan sifat2 Allah yg sempurna)

4)    ILMU TENTANG HARI-HARI PEMBALASAN ALLAH
(ilmu tentang hari2 pembalasan Allah, seperti kejadian bala atau kesusahan di dunia sama ada sebagai pengajaran kpd manusia yg taat atau sebagai seksaan kpd mereka yg Ingkar)

5)    ILMU TENTANG MENGINGATI MATI 
(ilmu tentang mengingati mati iaitu berpindah dari kehidupan di dunia dan segala peristiwa yg berlaku selepas itu seperti azab kubur, perhimpunan masyar, timbang amal, syurga dan neraka)
                                                                  



Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua
kredit:kepada pemilik imej, sumber dari carian google
FB: Falsafah Hikmah Al Quran

Madrasah Baitul Hikmah             



Sunday, April 28, 2019

APAKAH ERTI KEHIDUPAN YANG DICARI SELAMA INI

Pada zaman Ini manusia di seluruh dunia dipengaruhi oleh falsafah hidup berdasarkan kebendaan. Mereka terpesong drpd asas-asa kehendak fitrah kemanusiaan yang Tulen. Mereka hanyut dalam arus kehidupan tanpa panduan untuk mencapai matlamat kebahgiaan yang abadi.

Pengetahuan mereka gagal membezakan antara kebenaran dan kebatilan,, keadilan dan kezaliman. Walaupun mereka berjaya mengadakan cara hidup yg tersusun, mengadakan peralatan keperluan yang cantik dan mengagumkan, berjaya mendarat ke permukaan bulan, tetapi kepintaran mereka tanpa panduan pengajaran para Nabi yang sempurna tidak memungkinan mereka membangun sebuah masyarakat berasaskan keadilan dan kasih sayang antara manusia dlm bangsa yang sama, malahan jauh sekali untuk membentuk kasih sayang dikalangan bangsa lain.

Keadaan ini memang terbukti dan berlaku di US sebagai sebuah negara yang diakui jaguh demokrasi dunia di mana tidak wujud kasih sayang   yang hakiki antara penduduk berkulit hitam dan berkulit putih, malah sering berlaku pertelagahan antara kaum secara berterusan. Demikian juga berlaku di Afrika dan negara-negara lain di Barat.

Persoalannya, Apakah erti kehidupan yang dicari oleh seluruh umat manusia? Kehidupan bukan sekadar hidup, tetapi hidup bermatlamatkan kebahgiaan yang abadi untuk semua manusia di dunia ini.

Memang benar pendapat seorg pemimpin India yg masyur iaitu Jawaeharlal Nehru pernah berkata bahawa manusia kini mempunyai pengetahuan yg luarbiasa ,tetapi mereka belum Mengenal keadilan sebagai tunjang kebahgiaan hidup manusia.Umat2 dahulu berpengetahuan rendah, mereka tinggal di gua-gua batu, dibawah pokok dan bangsal yang diperbuat daripada jerami dan rumput, tetapi mereka mengenali dan mengutamakan keadilan dan kasih sayang dikalangan semua kejadian Allah.

Manusia tidak akan mencapai kebahgiaan yang dikehendaki Allah dgn kehidupan yang berasaskan kebendaan tanpa pembangunan akhlak, kerana semua kejadian di alam ini semata-mata untuk membantu kehidupan manusia supaya mencapai KEBAHGIAAN yang abadi.

Jika manusia memilih falsafah hidup yg membangun kebendaan dan mengindahkan rupa semata-mata seperti yg berlaku sekarang, dengan memgabaikan pembangunan akal dan akhlak, maka pilihan Ini adalah berlawanan dgn maksud ajaran di dalam AL Quran, kerana pembangunan material hanya sebagai alat utk mencapai kebahgiaan abadi yang diidam-idamkan oleh setiap manusia di dunia dan di akhirat

Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama-sama menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini

Kredit:sumber imej dari carian google
Fb: Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah 

Friday, April 26, 2019

"Fardhu Kifayah Perlu Didahulukan "-Apabila bertembung di antara tuntutan Fardhu Kifayah dan tuntutan Fardhu Ain pada masa dan tempat yang sama, maka yang manakah perlu didahulukan

'FARDHU AIN' vs 'FARDHU KIFAYAH'


Apabila disebut perkara 'FARDHU' maka tergambarlah di benak pemikiran dan lubuk jiwa seseorang muslim itu dgn gambaran suatu ibadat yg wajid dilaksanakan oleh seseorang muslim itu kerana cinta kpd Allah.

Apabila seseorang itu mengingati Allah maka dari ingatan itulah lahirnya perbuatan ibadat kpd Allah. Perbuatan Ibadat kpd Allah yg tulus ikhlas lahirnya dari perasaan mahhabah kasih sayang di lubuk jiwa seseorang itu kpd tuhan yg menciptakan mereka yakni Allah. Tanpa wujudnya nilai kasih dilubuk jiwa seseorang itu maka nilai Ibadat mereka tidak akan smpai kemana.

Jadi, beribadat kpd Allah bukanlah semata-mata dengan rupa bentuk ibadat yang khusus seperti sembahyang, puasa, memberi zakat dan menunaikan haji semata-mata, malah setiap perbuatan dan perlakuan yg melahirkan kebaikan dan kesejahteraan utk masyarakat umum atau kepetingan org ramai juga dipanggil sebagai ibadat dan dalam istilah agama ibadat ini dikenali dgn nama 'FARDHU KIFAYAH'.

Bidang ibadat yg difardhukan ini sebenarnya amat luas, maka untuk memudahkan manusia memahami dan membezakan jenis ibadat yg mana perlu diutamakan dan yg mana lebih bernilai disisi Allah, maka perkara yang difardhukan ini dibahagikan kepada dua iaitu 'FARDHU AIN' dan 'FARDHU KIFAYAH'. FARDHU KIFAYAH adalah lebih besar nilainya di sisi Allah dan lebih diutamakan berbanding dgn 'FARDHU AIN'. Sekiranya dua fardhu ini bertembung dlm satu masa yg sama,  maka fardhu KIFAYAH mesti didahulukan dan fardhu AIN dgn sendirinya gugur buat sementara waktu.

Jika tidak ada seseorang pun yg melakukan fardhu KIFAYAH dalam sesuatu kawasan maka semua orang di dlm kawasan itu akan menaggung dosa, tetapi jika terdapat hanya seorang sahaja yg melakukkan fardhu KIFAYAH di kawasan tersebut maka semua org di kawasan tersebut akan terlepas dari dosa atau kesalahan itu. Ini menunjukkan betapa besarnya nilai fardhu KIFAYAH disisi Allah berbanding dgn fardhu AIN itu.

Sebagai contoh jikalau dlm suatu daerah itu tidak terdapat seorang pun yg menolong sembahyangkan kpd seseorang jenazah itu apabila seseorang itu meninggal dunia, maka semua penduduk dalam daerah itu akan berdosa dan bersalah. Begitu juga jika di dlm sesuatu daerah itu tidak terdapat seorang pun yg menyampaikan pengajaran Allah kpd org ramai seperti yg terdapat pada khutbah jumaat , maka semua penduduk dlm daerah itu akan berdosa dan bersalah.

Tetapi apabila walaupun hanya seorang shj dari kawasan tersebut melakukkanya perkara fardhu KIFAYAH itu ,maka semua org lain di kawasan itu akan terlepas dari dosa dan kesalahan. Tetapi bagi fardhu AIN pula, andaikan seseorang itu seorang shj yg buat, maka kebaikan akan diperolehi oleh individu itu shj dan andaikata seseorang itu tidak melakukkan fardhu AIN itu maka dosa dan kesalahan itu terletak pada dirinya shj dan perkara ini tidak akan melibatkan org ramai dlm kawasan mereka seperti yg terdapat pada fardhu KIFAYAH . Inilah perkara yg membezakan di antara fardhu KIFAYAH dgn fardhu AIN.

Ibadat fardhu AIN adalah sebagai latihan utk menunaikan ibadat fardhu KIFAYAH. Fardhu AIN merupakan perantaraan utk sampai kpd maksud fardhu KIFAYAH. Tanpa latihan dlm bentuk fardhu AIN maka tidak mungkin seorang itu akan melaksanakan fardhu KIFAYAH. Fardhu AIN adalah utk diri seseorang shj. Walaupun seberapa sempurna sekali pun fardhu AIN ditunaikan ia tetap tidak melewati batas diri perseorangan, akan tetapi walaupun suatu fardhu KIFAYAH itu dipandang rendah, ia adalah utk kepentingan umum serta utk kepentingan org yg ramai.

Fardhu KIFAYAH ditunaikan sebagai khidmat bakti kpd masyarakat umum. Sebagai contoh, sembahyang lima waktu adalah ibadat fardhu AIN yg bertujuan utk menanam semangat kasih syg kpd masyarakat. Mereka-mereka yg bersembahyang adalah mereka-mereka yg mempunyai jiwa yg bersih dan suci. Mereka yg bersembahyang juga dapat melahirkan nilai kasih dan kebaikan di dlm diri mereka. Dari amalan sembahyang inilah menjadikan seseorang itu kasih kpd org lain. Orang yg mempunyai nilai kasih ini kpd manusia lainlah yg akan sanggup berbakti kpd masyarakat umum. Maka dgn sendirinya terlaksanalah amalan fardhu KIFAYAH apabila mereka sempurna melakukkan amalan fardhu AIN seperti ibadat sembahyang lima waktu yg  mereka tunaikan itu.

Tanpa fardhu AIN seperti ibadat sembahyang, tidak mungkin boleh mendatangkan semangat kasih syg itu, keadaanya samalah dgn sembahyang yg tidak mempunyai roh sembahyang. Maka fardhu AIN yg ditunaikan seperti itu tidak akan sampai kpd matlamat fardhu KIFAYAH.

Maka ingatlah nama Allah serta lahirlah mahabbah kasih syg dilubuk jiwa kpd Allah dgn penuh keikhlasan sebagai asas lahirnya ibadat fardhu AIN, supaya dari amalan fardhu AIN itulah yg dapat melahirkan semangat ukhwah kasih syg yg berbahagia di dlm kehidupan seluruh umat manusia, yg menjadi matlamat utama di dlm Ibadat fardhu KIFAYAH.

Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama2 share di fb masing2 tulisan ini sebagai satu cara untuk menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih, Moga Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua.

Kredit:tuan punya gambar dari sumber google
Fb:Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah

Wednesday, April 24, 2019

PERBUATAN MANUSIA YANG MENGEJAR KEPADA KEMEGAHAN DIRI MEMBUATKAN MEREKA BERADA DALAM KELALAIAN

AL TAKAATSUR: SIRI 1

Perbuatan dan perasaan bermegah-megah yang lahir dalam diri manusia merupakan satu malapetaka yang akan menyebabkan manusia itu berada di dalam kelalaian sehinggakan mereka berakhir di lubang kubur dalam keadaan yang penuh dengan kehinaan.

“Kamu telah dilalaikan oleh perasaan dan perbuatan bermegah-megah” 
( Surah Al Takaatsur : Ayat 1 )


“ Sehingga kamu masuk ke lubang kubur” ( Surah Al Takaatsur : Ayat 2 )


Inilah antara faktor utama yang menyebabkan manusia pada alaf ini dilalaikan daripada mengingati dan memperhambakan diri kepada Allah serta mengamalkan cara hidup yang betul mengikut kehendak Al Quran dan agama. Mereka terus dilalaikan sehinggakan mereka menemui kematian. Mereka terus mengejar kekayaan dan kesenangan hidup untuk memperolehi kemegahan dan status di sisi manusia ramai sehinggakan mereka lupa akan tanggungjawab kepada Allah yakni “Hablul Minallah “ serta mereka lupa akan tanggungjawab kepada sesama manusia yakni  Hablul MinaNas” apabila mereka disibukkan dengan urusan untuk mengejar kekayaan di dunia bagi melahirkan kemegahan. 


Orang-orang Arab jahiliah yang kufur dan syirik, di zaman Rasulullah s.a.w dan sebelumnya, selalu menyombongkan diri, tamak dan lalai dengan usaha mengejar harta kekayaan ,pangkat, kuasa dan juga bermegah-megah dengan kekayaan yang dimiliki sehinggakan mereka terlupa akan tanggungjawab mereka kepada Tuhan serta tanggungjawab mereka kepada masyarakat serta lupa mengerjakan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka sendiri untuk bekalan hari kematian mereka.


Manusia telah leka dan lalai daripada mentaati Allah dengan meninggalkan perintah-perintahNya serta melanggar tegahaNya kerana terlalu asyik dan sibuk dengan bermegah-megah dengan banyaknya kesenangan dunia. Mereka sentiasa berlumba-lumba untuk menambahkan harta benda, pangkat, pengaruh dan sebagainya demi mencapai kemegahan diri yang diidam-idamkan oleh mereka sehinggakan masa mereka sehari-hari disibukkan dengan aktiviti mengejar kemegahan ini sehinggakan mereka mati.


Muhammad Abduh RahimahAllah Taala pernah berkata “ Makna ayat 1 dan 2 dalam surah Al Takaatur ( bermegah-megahan ) adalah membawa maksud ‘mereka-mereka yang berlumba-lumba mengejar dan mencari harta,kekayaan serta pangkat supaya mereka masing-masing mempunyai harta,pangkat dan kemegahan lebih banyak daripada orang lain demi mencari nama dan kemegahan diri, bukanya dengan bermatlamat untuk memberi kebajikan atau membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan, anak-anak yatim serta orang-orang miskin daripada jumlah harta,pangkat dan pengaruh yang mereka miliki”.


Kecintaan dan terlalu mementingkan prestij atau kemegahan serta status sosial telah menjadikan seseorang itu buta mata hatinya dan menyebabkan mereka mencari kekayaan yang banyak tanpa mengetahui fungsi kekayaan itu yang sebenarnya. Perbuatan ini juga telah menimbulkan pelbagai masalah jenayah dalam ekonomi . Mereka yang buta mata hatinya juga akan bertindak melalui pelbagai cara yang tidak dibenarkan agar mereka dapat memperolehi harta, pangkat dan kekayaan demi memenuhi keinginan nafsu mereka yang cintakan kemegahan diri walaupun mereka terpaksa menggunakan jalan penipuan,rasuah,salah guna kuasa dan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan oleh agama hanya untuk memperolehi kemegahan diri.


Mencari harta pada satu tahap yang tertentu bagi memenuhi  keperluan diri dan keluarga adalah merupakan perkara yang baik dan diwajibkan dalam Islam, tetapi mencari harta bagi bertujuan untuk mendapatkan prestij sosial supaya mereka dihormati dan diagungkan oleh golongan masyarakat yang mana kekayaan itu bukan digunakan bagi faedah masyarakat, merupakan satu perbuatan sabotaj dan khianat kepada masyarakat.


Islam tidak pernah menegah orang-orang kaya untuk mengumpul harta dan keperluan mereka sekalipun ke peringkat jutawan, tetapi dengan syarat biarlah niat dan amalan mencari harta itu bukanlah untuk memperolehi kemegahan diri serta kesombongan dan takbur tetapi biarlah niat mereka mengejar harta, pangkat dan kekayaan itu adalah bertujuan untuk membantu orang-orang yang berhajat dan fakir miskin, anak yatim, orang yang dalam kesusahan serta membantu dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dengan menggunakan daripada harta yang lebih daripada keperluan asas yang ada disisi mereka, sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al Baqarah ayat 219:


Dan mereka ( Orang-orang yang beriman ) bertanya kepadamu, Apakah yang mereka wajib nafkahkan? Katakanlah ( Wahai Muhammad ), yang lebih daripada keperluan kamu


( Surah Al baqarah: Ayat 219 )



Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua

kredit:sumber imej dari google

FB: Falsafah Hikmah Al Quran

Madrasah Baitul Hikmah Kg Jambu






APAKAH NILAI SEBUAH AL QURAN DI ZAMAN INI

Al Quran merupakan sebuah kitab agung yg dikurniakan oleh Allah kpd umat manusia untuk menjadi petunjuk dan tauladan kpd manusia seperti disebutkan dlm AL Baqarah ayat 2


yg bermadsud : " Kitab Ini ( yakni Al Quran ), tidak ada syak baginya dan menjadi petunjuk kpd org yg bertakwa " serta di dlm surah YaSin ayat 2:




yang bermaksud " Demi Al Quran yg berhikmah( penuh dgn maksud, tauladan serta pengajaran utk manusia) ".

Al Quran yg telah diwahyukan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail kpd Nabi Muhammad telah mengambil masa selama 23 tahun untuk diturunkan sehingga lengkap. Nabi Muhammad telah merevolusikan pemikiran Arab Jahiliah drpd masyarakat yg zalim dan jahil kpd masyarakat yg penuh ketamadunan dan penuh dgn kasih syg hanya bergantung kpd petunjuk yg berada di dlm kitab suci Al Quran semata2.

Melalui petunjuk di dlm Al Quran, bukan setakat Rasulullah dpt mengubah masyarakat Arab Jahiliah di Kota Mekkah dan Madinah shj, malahan Rasulullah juga berjaya menjatuhkan dua empayar kerajaan yg terbesar pada waktu itu iaitu empayar Rom dan empayar Parsi dan semuanya ini adalah hasil daripada petunjuk, strategi ,taktik serta pengalaman perjuangan bangsa-bangsa yg terdahulu yg terdapat di dalam AL Quran. Begitu besar sumbangan serta peranan dan tingginya nilai Al Quran disisi perjuangan Rasulullah.

Tetapi pada hari ini, di manakah terletaknya nilai Al Quran. Kenapakah umat Islam pada hari ini tidak boleh menguasai dunia malahan utk menguasai sesebuah tanah air sendiri pun umat Islam hari ini masih gagal. Kenapakah umat Islam hari ini masih tidak bersatu, masih berpecah belah malahan masih berperang sesama sendiri yg tidak pernah terhenti berdekad-dekad lamanya. Kenapakah perkara ini berlaku. Salah satu punca utama perkara ini berlaku adalah kerana umat Islam kini lupa dan silap guna akan peranan Al Quran yg sebenar. 

Al Quran pada hari ini menjadi satu kitab yang amat suci lagi mulia pada pandangan penganut Islam semata-mata tanpa mereka cuba utk memahami serta mempelajari maksud serta tujuan dan pengajaran bagi satu-satu ayat dan surah yg berada di dlm AL Quran itu. Kesilapan konsep pembelajaran Al Quran perlulah diperbaiki segera andaikata kita mahu menjadi umat yang terbaik dan umat yang akan memberi rahmat ke sekalian alam ini. Tidak cukup sekadar kita membaca dan menghafal ayat-ayat Al Quran dengan bacaan makraj serta tajwid yang betul sedangkan pada masa yang sama kita tidak pernah pun untuk cuba memahami dan mengetahui maksud serta hikmah disebalik sesuatu surah atau ayat-ayat yg berada di dlm AL Quran itu. 

Janganlah kita jadikan Al Quran sebagai kitab suci yg akan membekalkan kita kpd ganjaran pahala semata-mata apabila dibaca, tetapi pada masa yang sama kita pun tidak faham pun setiap ayat yang dibaca itu walaupun kita sudah membacanya berpuluh puluh tahun lamanya. Sikap inilah yg menyebabkan kita umat islam pada hari ini gah dengan nama tetapi hilang dari sudut roh dan jiwa Islam itu. Di manakah hikmah sesuatu ayat Al Quran itu andaikata maksudnya dlm bahasa kita sendiri pun kita tidak cuba utk mengetahui dan mempelajarinya.

Pernahkan kita terfikir, selama kita mengaku kita beragama Islam dan berbangga dgn agama kita , berapa ayat atau berapa surahkah yg kita faham akan maksudnya serta berapa surah dan berapa ayatkah dari Al Quran yg telah kita amal di dlm kehidupan kita sehari-hari sehingga kini. Tepuk dada tanyalah selera.


Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua
kredit:sumber imej dari google
FB: Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah Kg Jambu

Tuesday, April 23, 2019

3 SUMBER ILMU MENGIKUT FALSAFAH AL QURAN



1) ILMU AKLI ( Akal )
-Ilmu yg wujud pada akal yg semulajadi pada setiap manusia. Ilmu ini boleh dicapai melalui kebolehan otak yg melakukkan proses berfikir maka lahirlah 'akal' iaitu natijah drpd proses berfikir itu. Sumber Ilmu ini juga didapati dgn cara mempelajari satu2 ilmu dari sumber yg telah sedia ada atau melalui daya usaha sendiri utk memperolehi satu2 ilmu itu.

2) ILMU NAQLI ( Naqal )


Ilmu yg didapati dari sumber MUFAHHAMUN atau sumber dari alam atas seperti ilmu dari para Nabi, para Siddiqin, para Syuhada dan para Aulia. 4 kitab Samawi yg utama sebagai sumber dari ilmu Naqli ini ialah dari kitab Al Quran, kitab Injil, kitab Taurat dan kitab Zabul. Terdapat juga suhuf suhuf yg telah diwahyukan oleh Allah kpd para Nabi2 dan anbia yg lalu sebagai sumber ilmu yg tuntas lagi benar dan ini juga termasuk dlm sumber ilmu Naqli


3) ILMU KASYFI ( Kasyaf )
-Dikenali juga dgn ilmu kasyaf. Sumber utama ilmu kasyfi adalah melalui daya usaha seseorang yg melakukan penerokaan ke alam misal ( iaitu alam ketuhanan@alam batin ) melalui amalan Tariqat ,Tasawuf dan sebagainya. Sumber yg diperolehi dari pihak ghaib ini akan terpacar ke lubuk hati mereka2 yg mempunyai hati yg bersih, tulus ,ikhlas lagi tersuci dan sentiasa melakukan amalan taat dgn mengharapkan keredhaan Allah semata-mata
Inilah ketiga-tiga sumber utama lahirnya ilmu kpd manusia. Melalui ketiga-tiga sumber ilmu inilah dapat menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian yg dicipta oleh Allah berbanding dgn makhluk ciptaanNya yg lain.

Maka, ada baiknya kita utk sama-sama mencari ilmu Allah ini dgn bersumberkan kpd ketiga-tiga punca ilmu yg utama ini. Tidak cukup sekadar menghidupkan pemikiran atau akal semata2 tanpa adanya Ilmu yg bersumberkan dari Kitab Suci dan ilmu kasyaf@batin yg bersumberkan dari Alam Misal yg terpancar ke dlm hati sanubari yg tersuci di dlm lubuk jiwa bagi seseorang manusia.


Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama-sama menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga-moga Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah-curah kpd kalian semua.
kredit: image from google
FB: Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah Kg jambu