Wednesday, April 24, 2019

APAKAH NILAI SEBUAH AL QURAN DI ZAMAN INI

Al Quran merupakan sebuah kitab agung yg dikurniakan oleh Allah kpd umat manusia untuk menjadi petunjuk dan tauladan kpd manusia seperti disebutkan dlm AL Baqarah ayat 2


yg bermadsud : " Kitab Ini ( yakni Al Quran ), tidak ada syak baginya dan menjadi petunjuk kpd org yg bertakwa " serta di dlm surah YaSin ayat 2:




yang bermaksud " Demi Al Quran yg berhikmah( penuh dgn maksud, tauladan serta pengajaran utk manusia) ".

Al Quran yg telah diwahyukan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail kpd Nabi Muhammad telah mengambil masa selama 23 tahun untuk diturunkan sehingga lengkap. Nabi Muhammad telah merevolusikan pemikiran Arab Jahiliah drpd masyarakat yg zalim dan jahil kpd masyarakat yg penuh ketamadunan dan penuh dgn kasih syg hanya bergantung kpd petunjuk yg berada di dlm kitab suci Al Quran semata2.

Melalui petunjuk di dlm Al Quran, bukan setakat Rasulullah dpt mengubah masyarakat Arab Jahiliah di Kota Mekkah dan Madinah shj, malahan Rasulullah juga berjaya menjatuhkan dua empayar kerajaan yg terbesar pada waktu itu iaitu empayar Rom dan empayar Parsi dan semuanya ini adalah hasil daripada petunjuk, strategi ,taktik serta pengalaman perjuangan bangsa-bangsa yg terdahulu yg terdapat di dalam AL Quran. Begitu besar sumbangan serta peranan dan tingginya nilai Al Quran disisi perjuangan Rasulullah.

Tetapi pada hari ini, di manakah terletaknya nilai Al Quran. Kenapakah umat Islam pada hari ini tidak boleh menguasai dunia malahan utk menguasai sesebuah tanah air sendiri pun umat Islam hari ini masih gagal. Kenapakah umat Islam hari ini masih tidak bersatu, masih berpecah belah malahan masih berperang sesama sendiri yg tidak pernah terhenti berdekad-dekad lamanya. Kenapakah perkara ini berlaku. Salah satu punca utama perkara ini berlaku adalah kerana umat Islam kini lupa dan silap guna akan peranan Al Quran yg sebenar. 

Al Quran pada hari ini menjadi satu kitab yang amat suci lagi mulia pada pandangan penganut Islam semata-mata tanpa mereka cuba utk memahami serta mempelajari maksud serta tujuan dan pengajaran bagi satu-satu ayat dan surah yg berada di dlm AL Quran itu. Kesilapan konsep pembelajaran Al Quran perlulah diperbaiki segera andaikata kita mahu menjadi umat yang terbaik dan umat yang akan memberi rahmat ke sekalian alam ini. Tidak cukup sekadar kita membaca dan menghafal ayat-ayat Al Quran dengan bacaan makraj serta tajwid yang betul sedangkan pada masa yang sama kita tidak pernah pun untuk cuba memahami dan mengetahui maksud serta hikmah disebalik sesuatu surah atau ayat-ayat yg berada di dlm AL Quran itu. 

Janganlah kita jadikan Al Quran sebagai kitab suci yg akan membekalkan kita kpd ganjaran pahala semata-mata apabila dibaca, tetapi pada masa yang sama kita pun tidak faham pun setiap ayat yang dibaca itu walaupun kita sudah membacanya berpuluh puluh tahun lamanya. Sikap inilah yg menyebabkan kita umat islam pada hari ini gah dengan nama tetapi hilang dari sudut roh dan jiwa Islam itu. Di manakah hikmah sesuatu ayat Al Quran itu andaikata maksudnya dlm bahasa kita sendiri pun kita tidak cuba utk mengetahui dan mempelajarinya.

Pernahkan kita terfikir, selama kita mengaku kita beragama Islam dan berbangga dgn agama kita , berapa ayat atau berapa surahkah yg kita faham akan maksudnya serta berapa surah dan berapa ayatkah dari Al Quran yg telah kita amal di dlm kehidupan kita sehari-hari sehingga kini. Tepuk dada tanyalah selera.


Alangkah baiknya kalau tuan puan yang budiman untuk sama-sama share di fb masing-masing tulisan ini sebagai satu cara untuk sama2 menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini. Terima Kasih di atas jasa baik kalian semua, Moga2 Allah memberi rahmat dan keberkatan yg mencurah2 kpd kalian semua
kredit:sumber imej dari google
FB: Falsafah Hikmah Al Quran
Madrasah Baitul Hikmah Kg Jambu

No comments:

Post a Comment